Nasi Ayam Istimewa

Wednesday, June 2, 2010



Bahan-bahan (yang ni untuk 6-8 orang makan)

* Untuk rebus
* 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
* 2 ulas bawang putih
* sedikit halia yg diketuk (kira-kira besar ibu jari tangan) lebih kurang 2cm


* Untuk perap
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1 sudu besar sos tiram
* sedikit halia (setengah daripada yang tadi, +/- 1cm)
* 2 ulas bawang putih
* sedikit kicap cair


* Untuk nasi
* 5cwn beras
* 3 sudu besar butter
* 1cm halia- ditumbuk
* 4 ulas bawang putih -ditumbuk
* air rebusan ayam tadi secukupnya
* garam secukup rasa.


* Bahan sos
* 5biji cili merah
* 5 ulas bawang putih
* 2cm halia
* 1 sudu teh cuka, garam, gula
* 1/2 cawan air


* Untuk sup
* lebihan air rebusan ayam
* 1 biji bawang besar kisar
* rempah sup (ganti ngan kiub pati ayam pon boleh)
* garam secukup rasa
* daun sup yg dihiris.


Cara-cara

1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter (planta), tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam secukup rasa. Masak seperti biasa. (lagi senang boh lam periuk nasik letrik)
4. Untuk sos -blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
5. Untuk sup - air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

sumber:member nogold room rent

0 comments:

Dapur Berasap Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino